Pihak kami di Sriho Auto Parts Sdn Bhd telah menganjurkan Kempen Kesedaran Penggunaan & Pendermaan Kerusi Keselamatan Bayi. Berikut adalah maklumat-maklumat bagaimana untuk mendapatkan Kerusi Keselamatan Bayi.

 

Siapa yang layak menerima
Keluarga yang kurang berkemampuan.
Mempunyai bayi berumur dalam lingkungan 0 – 1 tahun atau mempunyai berat dalam lingkungan 0- 8kg

Pihak lain seperti: NGO, Charity Association dan Private Company TIDAK LAYAK memohon.

Bagaimana hendak memohon
Hubungi kami di talian 011 – 38 997 756 (Angela), 8am – 5pm (Isnin – Sabtu). Tiada PM / WA

Pemohon harus menyediakan maklumat seperti:
 Nama penuh pemohon
 Lokasi / alamat rumah pemohon
 Nama penuh penerima kerusi keselamatan bayi
 Hubungan pemohon dengan bakal penerima

 Wakil kami akan melawat bakal penerima dan seterusnya menyerahkan sumbangan pada hari lawatan.

 Kuantiti kerusi keselamatan bayi terhad
 Keputusan penerima yang layak ditentukan oleh pihak Sriho

Tags: ,

Leave a Reply